Sunday, April 18, 2010

Pesona Ungu Nisa Kemaman

Sabtu, 17 April 2010- Program Pesona Ungu Nisa' Kemaman telah berjaya diadakan di Pasti Adam Kampung Mak Chili Kemaman.



Program pada hari tersebut telah dimeriahkan dengan acara persembahan nasyid dari tiga kumpulan nasyid serta 3 orang peserta solo,mewakili dun masing-masing.



Acara turut diserikan oleh peserta-peserta yang memperagakan busana muslimah dengan pelbagai gaya yang menarik dan menutup aurat.

Selain dari itu, satu slot khas tazkirah juga turut diadakan sebagai pengisian jiwa. Dalam slot tersebut, para penonton diberi peluang menjawab soalan kuiz dan hadiah turut diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat.


Walaupun terdapat sedikit gangguan dan masalah siaraya semasa persembahan, program berjalan dengan baik hingga ke akhirnya. Kira-kira 110 orang yang hadir pada hari tersebut dari kalangan remaja, dewasa dan juga kanak-kanak.


Dua kumpulan nasyid dan dua orang solo telah terpilih untuk mewakili Kemaman untuk bertanding di Kuala Terengganu pada 1 Mei ini. Semua ahli NISA' dijemput hadir memeriahkan dan memberi sokongan kepada peserta yang akan bertanding nanti.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails