Saturday, September 29, 2012

Surah An-Nur : Buat Wanita


Sekadar Hiasan : Nisa' Indoor Games 2009Untuk Anak-Anak Gadis Kita
‘ Kaklong, bila dah cukup umur nanti, kena pakai tudung bulat dan stokin ya’
Saya masih ingat pesan ayah saya dahulu. Katanya, bila saya mencapai akil baligh, saya perlu memenuhi kewajiban menutup aurat dengan sempurna. Sekalipun telah diajar sejak kecil lagi untuk menutup aurat, namun ayah saya memberi kelonggaran selagi belum mencapai akil baligh.
Apabila telah sampai masanya, keluarga belah ayah yang agak moden hidupnya pelik dengan hijab kami sekeluarga. Ayah saya bukan ustaz, malah mendapat pendidikan di Amerika Syarikat. Pelik agaknya bila kecil-kecil lagi telah diajar bertudung dan bila sampai masanya di dalam rumah nenek pun bertudung juga.
“Kesian anak-anak Aziz, kena pakai tudung”

Tetapi, ayah saya tidaklah memberatkan. Malah beliau suka anak-anak kecil perempuannya diikat rambut dengan pelbagai jenis ikatan dan dipakaikan baju yang comel-comel semasa belum mumayyiz dan akil baligh.
Namun Alhamdulillah, saya tidak rasa malu apatah lagi segan. Memakai tudung ibarat tindakan berani mati. Lebih baik mati dari dipaksa membuka tudung, begitulah analoginya lebih kurang. Akhirnya, sekarang kesemua ibu saudara saya yang tidak memakai hijab, sudah mengenakannya. Saya akui, berkah nenek saya yang sungguh dekat dengan Allah dan hati ibu-ibu saudara saya yang baik dan lembut hati memudahkan urusan mereka menuju Allah.
Pengenalan Ringkas Surah An-Nur
Surah An-Nur, merupakan surah yang sinonim dengan wanita. Ini kerana penurunannya juga disebabkan seorang wanita mulia, Saydatina Aishah r.a. Disebabkan kamu munafiqin Ummul Mukminin r.a telah difitnah semasa pulang dari peperangan Bani Mustaliq.[1]
Terkedu, hampa dan sedih. Begitulah jiwa isteri Baginda saw tika itu. Namun Allah menyelamatkan maruah wanita mulia dan menurunkan Surah An-Nur.
Surah An-Nur memang sungguh digalakkan untuk para wanita belajar dan memahaminya. Ia merupakan surah yang diturunkan di Madinah secara ijma’. Surah An-Nur mengandungi pelbagai hukum hakam berkaitan wanita, kekeluargaan dan perkahwinan. Di antaranya, hukum qazaf, li’an, aurat, zina dan pelbagai aspek meliputi hukum berkaitan wanita.
Oleh itu, ajarkan ahli keluarga kita akan surah An-Nur. Ini merupakan wasiat para Salafussoleh untuk kita, generasi terkemudian.
Saidina Umar Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Kuffah.
“Ajarkanlah wanita-wanita kamu keluarga Surah An-Nur.”
Manakala Saydatina Aishah ra juga tidak ketinggalan menyampaikan pesanan kepada para wanita di zamannya. Kata Saydatina Aishah r.a
” Janganlah hanya mengajar anak-anak gadis kamu, hal memegang alatan dapur mengajar menulis semata-mata, tetapi ajarkanlah anak-anak gadis kamu Surah An-Nur dan menenun benang” [2]
Jika kita boleh menempah baju baru, kasut berjenama, tudung pelbagai fesyen untuk anak gadis kita, mengapa tidak dibekalkan satu khazanah yang boleh diwarisinya?

Kesimpulan
Surah An-Nur juga merupakan salah satu bab tafsir ahkam yang wajib kaum wanita pelajari, jika ingin mendepani kaum liberal terutamanya yang melibatkan hal ehwal wanita. Punca saya berminat mendalami Surah An-Nur juga disebabkan ingin membuat refutation berkenaaan hukum rogol/Iqhtisob dalam kanun Islam yang ditimbulkan oleh puak liberal. Saya berjaya dengan izin Allah menggali beberapa titik prinsip Islam yang saya rungkaikan secara ringkas dalam subjek ‘Research Methodology’ di pengajian sarjana di UIA dahulu berhubung hukum tersebut.
Bermula dengan usrah tahun akhir semasa ijazah di Mesir dahulu, saya dan ahli usrah mengkaji permasalahan wanita. Untuk permasalahan rogol saya menemui dalam Surah An-Nur beberapa hujah kritikal untuk melawan liberalisasi agama.
Mempelajarinya, mendalaminya dan mengajarkannya kepada anak-anak kita, inshAllah memberi mereka bukan sekadar TAHU tetapi MAHU melaksanakan perintah Allah dengan ITQAN (tetap) dan KHUDU’ (tunduk).
Saya juga telah memilih Surah An-Nur sebagai salah satu silibus usrah untuk dibawa dan dikongsi bersama ahli usrah pengendalian saya. Semoga ada manfaat bersama. Untuk saya. Untuk mereka. Untuk generasi kita. Amin.
______________________
[1] Al-Maududi, Abul A’la, Tafsir Surah An-Nur, Cetakan Darul Fikr.
[2] Abu Nur AlHadidi, Muhammad, Syarah Watawdhih Litafsir Ayatul Ahkam Lisyaikh As-sais.
alQasam
24 Mei 09
Sumber
»»  baca selanjutnya

Thursday, October 13, 2011

Cara Rasulullah SAW jaga kesihatan


Cara Rasulullah SAW jaga kesihatan.
♥ bangun sebelum subuh
♥ jaga kebersihan
♥ tak makan berlebihan
♥ gemar berjalan kaki
♥ tak pemarah
♥ optimis dan tak putus asa
♥ tak iri hati
♥ pemaaf
»»  baca selanjutnya
Related Posts with Thumbnails