Thursday, October 13, 2011

Cara Rasulullah SAW jaga kesihatan


Cara Rasulullah SAW jaga kesihatan.
♥ bangun sebelum subuh
♥ jaga kebersihan
♥ tak makan berlebihan
♥ gemar berjalan kaki
♥ tak pemarah
♥ optimis dan tak putus asa
♥ tak iri hati
♥ pemaaf
»»  baca selanjutnya

Sunday, September 25, 2011

'Gatih' Sihat Aidilfitri ~ 17 September 2011

Program berbasikal merentasi dusun buah - buahan yang di adakan pada 17 September yang lepas berjalan dengan jaya nya...

Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik dari peserta dan ramai yang mencadangkan supaya ianya di adakan lagi di masa - masa yang akan datang...

InsyaAllah sekiranya di berikan kesempatan, kami akan usahakan untuk di adakan program yang sebegini lagi memandangkan sambutan yang baik dari semua..

Terima kasih juga kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan idea bagi menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati usaha murni ini.. Ameen.


Handbil untuk makluman
Khusyuk mendengar ceramah kesihatan yang di sampaikan
Selepas mendaftar, para peserta di minta untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang di kendali kan oleh Ajk Nisa Kemaman bersama Pn Siti Aisyah, iaitu Perunding Kesihatan Herbalife.

Selepas masing - masing telah mendapat keputusan melalui pemeriksaan yang di jalankan, Pn Aisyah meneruskan dengan sesi ceramah yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang keputusan yang diperolehi itu, serta penerangan tentang kesihatan dalam kehidupan kita seharian.

Pemberian cenderahati kepada penceramah kesihatan, Pn. Siti Aisyah
Warming up sebelum berbasikal
Bacaan doa yang dikendalikan oleh Kak Nurul Huda sebelum memulakan perjalanan
"Bawa basikal elok - elok ye.." pesan kak huda

Acara berbasikal bermula selepas kak baieyah dan kak huda melepaskan bendera sebagai tanda pelepasan untuk pertandingan itu. Adik - adik sudah tidak sabar untuk berbasikal, namun sentiasa di beri peringatan kepada peserta, agar menjaga adab - adab dan akhlak masing - masing sewaktu berbasikal .

Jauh perjalanan, luas pengalaman.. :)
Pengisian dari Ustazah Nabila sewaktu berada di dusun
Pemenang tempat pertama untuk peserta berbasikal.. Tahniah!
Sewaktu mereka berada di dusun, satu slot tazkirah telah di sampaikan oleh Ustazah Nabila. Di sini, mereka dapat berehat melepaskan lelah berbasikal, sambil di hidangkan dengan makanan rohani yang amat bermanfaat buat semua.

Kira - kira jam 1.30 petang, semua peserta dan ajk telah selamat kembali ke pusat berkumpul. Selepas proses pembahagian hadiah dan menunaikan solat, masing - masing diberikan bekalan makanan untuk tengahari itu.

Syukur, kerana program kali ini berjalan dengan lancar di tambah dengan cuaca yang baik. Alhamdulillah.. Moga Allah memberkati semua usaha kita semua. Ameen.
»»  baca selanjutnya

Sunday, August 14, 2011

Program Ihya' Ramadhan Nisa' Kemaman

Assalamualaikum..

Dijemput hadir beramai-ramai ke:

 

 Jom kita hidupkan Ramadhan kita bersama-sama! 

 

»»  baca selanjutnya

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011

Assalamualaikum..


Kami dari Nisa' Kemaman mengambil kesempatan mengucapkan: 




»»  baca selanjutnya
Related Posts with Thumbnails