Sunday, December 19, 2010

Sekitar program 'Cakna Anak Muda'



Sabtu,18hb Disember- 'Program Cakna anak muda' anjuran Nisa Kemaman berjalan lancar di Markas Pas Bukit Mentok Kemaman.Jumlah peserta melebihi target seramai 190 orang berjaya memeriahkan 'Kempen TAK NAK zina' pada hari itu.Majlis bermula seawal 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Puan Narliati Bt Lamshah selaku ketua Nisa Kemaman. Penceramah jemputan pada hari itu, Dr. Suhazli dan Ustaz Hagia berjaya menyampaikan satu pendekatan yang santai dan mesra dengan semua peserta dengan menyelitkan unsur-unsur dakwah dan keinsafan dalam setiap tayangan multimedia yang disediakan.Tema ceramah pada hari itu ialah 'Sayangi Diri Anda' mengajak para remaja muslimah yang hadir pada hari itu,mengenali hakikat tentang diri tanggungajwab kepada ibu bapa dan betapa perlunya menjaga diri dan maruah sebaik mungkin.Program hari itu berakhir pada pukul 1 tengah hari.Para peserta yang hadir memberikan respon yang sangat baik dan berharap program yang bermanfaat seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

video
»»  baca selanjutnya

Saturday, December 11, 2010

Program "Cakna Anak Muda"


~~Program terdekat Nisa' Kawasan Kemaman~~
~~Program "Cakna Anak Muda"~~
~~18 Disember 2010~~

»»  baca selanjutnya
Related Posts with Thumbnails