Azman Kadir |
KEMAMAN, 21 Feb: Satu program yang dinamakan “Nisa’ Bersamamu dan Sayang Disayang” anjuran Nisa’ Dun Air Putih telah berjaya dilaksanakan, kelmarin. Program yang berbentuk ziarah sambil berbakti kepada warga tua dan keluarga yang berpendapatan rendah itu diadakan di Kampung Batu 4 Dalam, Binjai, dekat sini. Seramai empat orang warga tua yang dikenali sebagai Mak Lebar, Mak Tung, Mek Kelate dan Mak Ku dan dua buah keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di sekitar telah diziarahi. Warga emas berkenaan merupakan ibu tua yang terbatas pergerakannya dan mengalami masalah kesihatan. Mereka melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehadiran rombongan Nisa’ dan mengucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan. Mereka juga berharap agar program kemasyarakatan seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang. Dua keluarga yang berpendapatan rendah yang dikenali sebagai Kak Yah dan Cik Su, masing-masing merupakan surirumah dan suami mereka berpendapatan rendah. Mereka mempunyai anak yang ramai dan masih lagi bersekolah. Selain daripada beramah mesra, berkongsi masalah dan bergotong royong membersihkan rumah, pihak Nisa’ turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barangan dapur untuk meringankan bebanan. “Ziarah ini telah mendekatkan Nisa’ kepada rakyat setempat. Semoga program ziarah ini dapat berterusan dan menjadi program berkala Nisa’ Dun Air Putih,” kata Nor Arbaeiyah Wahab, salah seorang Ahli Jawatankuasa Nisa’ Dun Air Putih. |
Monday, February 22, 2010
Nisa’ Bersamamu dan Sayang Disayang
Program kami berjaya tersiar di harakahdaily.
Posted by
Sulam Kaseh
|
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment