Tuesday, November 4, 2008

Pesan Nabi Kita


ِNabi Muhammad s.a.w. bersabda :


مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:





Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.




Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.




Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
»»  baca selanjutnya

Monday, October 20, 2008

Ramadan Berlalu Sudah...Moga Terus Bermujahadah!



Alhamdulillah.

Lebih 120 orang para urusetia, jemputan, pemain dan pengadil bertungkus-lumus menjayakan program ini. Anak-anak yang ikut serta tidak ada orang hendak tolong daftarkan. :) Terima kasih daun keladi, lain kali hendak minta tolong lagi.

Ceria dan santai. Bermula dengan persembahan nasyid, diikuti dengan indoor games, penyampaian hadiah, taklimat persediaan solat jika tidak ada telekung, solat Asar berjemaah, dan diakhiri dengan jamuan mi soto dan kuih muih raya.

Congkak, batu seremban dan lain-lain membawa nostalgia. Moga ukhuwwah terjalin erat, bersama-sama kita meniti hidup yang diredai Allah!

Nota:

1. Jika anda tahu siapa pelukis gambar 'muslimah girl' ini, harap beritahu kami. Kami 'pinjam' sekejap, tanpa minta kebenaran sebab tidak tahu siapa empunya hakcipta.
2. Nisa' Kawasan Kemaman mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan.
»»  baca selanjutnya

Saturday, September 6, 2008

Apa Yang Penting... Kerjasama!!





»»  baca selanjutnya

Tuesday, September 2, 2008

Lambaian Ramadhan

عن أَبي هُريرةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ".


Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

“Apabila bermula malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin yang ganas akan dirantai, pintu-pintu neraka ditutup semuanya tak terkecuali satupun, pintu-pintu syurga dibuka semuanya tak terkecuali satupun, dan malaikat menyeru, ‘Wahai orang yang ingin dan mengusahakan perkara-perkara baik, tampillah mengerjakannya. Wahai orang yang ingin dan mengusahakan perkara-perkara jahat, berhentilah mengerjakannya. Allah membebaskan ramai orang-orang yang dijanjikan neraka daripada memasukinya.’ Seruan itu ada pada setiap malam pada bulan itu.”


–al-Tirmidhi dan Ibn Majah-
»»  baca selanjutnya

Wednesday, May 28, 2008

Agar engkau menjadi wanita tercantik

"Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qana ah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki. Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat, dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Dr. 'Aidh Al-Qarni : Kiat menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat
»»  baca selanjutnya

Monday, May 26, 2008

Program Terkini - Latihan Kepimpinan

TOGETHER WE CARE

QTC 2008

Tarikh : 13 Jun 200814 Jun 2008

( 2 Hari 1 Malam)

Yuran Pendaftaran : RM 35.00 seorang

Tarikh : 13 Jun 200814 Jun 2008 ( 2 Hari 1 Malam)

Tempat : Lagoona Cherating Beach Resort

------------------------------------------------

Program ini merupakan salah satu program yang di anjurkan oleh Nisa Dun Air Putih dengan kerjasama Nisa Kawasan Kemaman, yang mana cuba untuk mengumpulkan ajk yang terlibat dengan nisa terutamanya di kawasan Kemaman untuk diberikan ilmu dan latihan ataupun lebih dikenali dengan tamrin. Program ini amat penting kepada pemimpin bagi memastikan mereka mengetahui dengan teliti dan jelas matlamat mereka berada dalam organisasi seterusnya bertindak sebagai pemimpin.

Justeru itu, Ajk NDAP yang bertindak sebagai ajk program ini juga akan menjadi peserta bagi mendapatkan segala input yang berguna supaya organisasi yang ditubuhkan akan menjadi lebih mantap dan cekap.

Doa kami semoga apa yang dihasratkan akan berjalan dengan lancar dan dirahmatiNya. Amin..

»»  baca selanjutnya
Related Posts with Thumbnails