Program berbasikal merentasi dusun buah - buahan yang di adakan pada 17 September yang lepas berjalan dengan jaya nya...
Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik dari peserta dan ramai yang mencadangkan supaya ianya di adakan lagi di masa - masa yang akan datang...
InsyaAllah sekiranya di berikan kesempatan, kami akan usahakan untuk di adakan program yang sebegini lagi memandangkan sambutan yang baik dari semua..
Terima kasih juga kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan idea bagi menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati usaha murni ini.. Ameen.
|
Handbil untuk makluman |
|
|
Khusyuk mendengar ceramah kesihatan yang di sampaikan |
Selepas mendaftar, para peserta di minta untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang di kendali kan oleh Ajk Nisa Kemaman bersama Pn Siti Aisyah, iaitu Perunding Kesihatan Herbalife.
Selepas masing - masing telah mendapat keputusan melalui pemeriksaan yang di jalankan, Pn Aisyah meneruskan dengan sesi ceramah yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang keputusan yang diperolehi itu, serta penerangan tentang kesihatan dalam kehidupan kita seharian.
|
Pemberian cenderahati kepada penceramah kesihatan, Pn. Siti Aisyah |
|
Warming up sebelum berbasikal |
|
Bacaan doa yang dikendalikan oleh Kak Nurul Huda sebelum memulakan perjalanan |
|
"Bawa basikal elok - elok ye.." pesan kak huda |
Acara berbasikal bermula selepas kak baieyah dan kak huda melepaskan bendera sebagai tanda pelepasan untuk pertandingan itu. Adik - adik sudah tidak sabar untuk berbasikal, namun sentiasa di beri peringatan kepada peserta, agar menjaga adab - adab dan akhlak masing - masing sewaktu berbasikal .
|
Jauh perjalanan, luas pengalaman.. :) |
|
Pengisian dari Ustazah Nabila sewaktu berada di dusun |
|
Pemenang tempat pertama untuk peserta berbasikal.. Tahniah! |
Sewaktu mereka berada di dusun, satu slot tazkirah telah di sampaikan oleh Ustazah Nabila. Di sini, mereka dapat berehat melepaskan lelah berbasikal, sambil di hidangkan dengan
makanan rohani yang amat bermanfaat buat semua.
Kira - kira jam 1.30 petang, semua peserta dan ajk telah selamat kembali ke pusat berkumpul. Selepas proses pembahagian hadiah dan menunaikan solat, masing - masing diberikan bekalan makanan untuk tengahari itu.
Syukur, kerana program kali ini berjalan dengan lancar di tambah dengan cuaca yang baik. Alhamdulillah.. Moga Allah memberkati semua usaha kita semua. Ameen.