Saturday, March 6, 2010

JANGAN JADI SEPERTI ENCIK AVERAGEMAN!


"Tak boleh, nanti orang kata begitu begini."

"Tak sesuai program begitu."

"Biar ketualah yang memikirkannya."

"Siapa yang hendak laksanakan program itu nanti? Kita tidak ada tenaga."

Alasan memang banyak, jikalau kita hendak senaraikan dan membilangnya. Sesudah anda tahu tugas dan menetapkan matlamat, tahu pula cara yang akan anda aplikasikan itu tidak menyalahi syariat, duduklah berbincang dan rancanglah sesuatu. Tetapkan tarikh, bahagi tugas dan jangan ditunda-tunda pelaksanaannya.

Jangan jadi seperti Encik Averageman!

Siapakah dia?

Dia dilahirkan pada tahun 1901. Pencapaian yang diperolehinya ialah di antara C dan D. Dia berkahwin dengan Cik Medicore pada tahun 1929. Dia mendapat seorang anak lelaki bernama Averageman Jr. dan seorang anak perempuan bernama baby Medicore. Encik Averageman mempunyai rekod perkhidmatan yang tidak baik selama 40 tahun dan memegang pelbagai jawatan tidak penting. Dia tidak berani menghadapi risiko dan memanfaatkan peluang. Dia juga tidak pernah cuba mengasah bakat dan terlalu bersikap pasif.

Buku kegemarannya ialah : "TIADA PENGLIBATAN : SUATU KISAH BAGAIMANA UNTUK TIDAK MENYUSAHKAN DIRI."

Dia hidup selama 60 tahun. Walau bagaimanapun, sepanjang hayatnya dia tidak mempunyai matlamat, perancangan, kemahuan, keyakinan dan tekad. Pada batu nesannya tertulis kata-kata berikut :

Di sinilah bersemadinya
Encik Averageman yang dilahirkan pada tahun 1901,
Meninggal pada tahun 1961 dan dikebumikan pada tahun 1964,
Dia tidak pernah mencuba sesuatu
Harapannya kepada kehidupan terlalu sedikit,
Kehidupan tidak bererti baginya.

Anda suka kepada Encik Averageman? :)



Kisah Encik Averageman dipetik daripada buku 'Panduan Latihan Bagi Petugas Islam.'

0 comments:

Related Posts with Thumbnails