Tempat : Balai Istiqamah, Kemaman
Masa : 3.30 ptg
Naqib : Ust. Nik Nasri
sambungan :
Bab 1
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah
14 . Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini, pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilah penawar yang sangat diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yang menyatakan:
الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)
FirmanNya lagi:
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ(36)وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37).
Dr. Briel sendiri mengakui kenyataan ini dengan menegaskan "sesungguhnya orang-orang yang berpegang teguh dengan agama, ia tidak akan dihinggapi penyakit jiwa. Manakala seorang pakar jiwa Dr. Riel Karienji menyatakan: "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka darri penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain.
15. Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:
قُلْ إِنْ كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)
Pengorbana demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
"Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:
a. Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
b. Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.
c. Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.
16. Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah.
Sifat ini menepati seruan Allah s.w.t:
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
"....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)
Lihat betapa indahnya pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita, di dalam sebuah hadisnya:
احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْالْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
"Pelihara titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan kesemuanya)."
17. Saya mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya. Bersyukur itu adalah satu dari tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhadap pemberi dan pengurnia. Allah menyatakan:
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 78)
Seterusnya Allah berfirman:
وَءَايَةٌ لَهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ(33)وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنَ الْعُيُونِ(34)لِيَأْكُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلَا يَشْكُرُونَ
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. 34- Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, 35- Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?. (Surah Yasin 36: Ayat 33-35)
Sebenarnya Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orang-orang yang bersyukur dan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang ingkar. Firman Allah:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim 14; Ayat 7)
18. Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping memperbaharui taubat dan iman. Istighfar juga dapat memberikan kerehatan dan keheningan kepada jiwa.
Allah berfirman:
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Nisa' 4: Ayat 110)
Firman Allah seterusnya:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Ali-'Imran 3: ayat: 135)
19. Akhir sekali saya juga mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan Allah s.w.t dalam keadaan terang mahupun tersembunyi kerana mengingatkan firman Allah:
مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mujadalah 58: 7)
Ulasan dari Ustaz :Kitab ini menggariskan beberapa perkara penting yang perlu kita faham berkait dengan akidah dan iman. Perlu di ingatkan yang bukannya hanya 19 perkara ini sahaja yang berkait dengan akidah. Tetapi, ini adalah antara perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap muslim. Semua sifat ini sebenarnya sudah ada dalam diri setiap muslim, tetapi apabila ada perbincangan, penerangan akan mengingatkan kita kembali kepada perkara pokok ini. Ulasan mengikut urutan :14. Berkait dengan ikatan diri kita dengan Allah. Ustaz menyatakan "Diam itu berfikir dan bercakap itu berzikir". Baik dalam diam ataupun bercakap, kesemua perbuatan kita perlulah menjurus kepada ingatan kita kepada Allah"Diam itu berfikir, dan bercakap itu berzikir"Dalam kehidupan kita seharian, cuba jadikan diam kita itu adalah kerana berfikir sesuatu yang dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri kita, malah kepada Islam itu khasnya. Diam itu juga merupakan salah satu cara kita lebih mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Esa kerana diam itu akan menjadi suatu ibadah sekiranya kita pandai menggunakan akal dan fikiran kita bagi memikirkan hal - hal yang berfaedah.Hadis Nabi juga ada menyatakan tentang kelebihan sifat diam ini iaitu :“Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )
“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )
“Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
Ini membuktikan yang sikap diam kita itu juga akan membawa kebaikan kepada diri kita kerana dengan sikap mendiam kan diri itu menjadikan diri kita terhindar dari menerima azab di akhirat kelak.Berkait dengan sikap ini, ada suatu kisah tentang Imam Syafie yang boleh kita jadikan teladan.
Imam Syafie merupakan anak murid kepada Imam Malik. Gurunya itu sentiasa bercerita tentang kewarakan dan zuhud nya Imam Syafie ini kepada anaknya. Antara sifat Imam Syafie dikhabarkan ialah tidak suka memberatkan perutnya dengan makanan dan sifatnya yang suka bermunajat di malam hari.
Maka pada suatu ketika, Imam Malik telah menjemput Imam Syafie ke rumahnya. Apabila sampai Imam Syafie kerumah Imam Malik, maka beliau telah di hidangkan dengan makanan. Apabila di jamu, maka Imam Syafie makan dengan enak sekali membuatkan anak gurunya itu merasa pelik kerana bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh ayahnya. Apabila tiba di malam hari pula, Imam Syafie hanya berbaring dan tidak bangun untuk bermunajat pada malam itu, bahkan apabila tiba waktu Subuh, dia terus bangun dan solat tanpa berwuduk. Oleh itu, anak Imam Malik itupun menyuarakan rasa hairannya dengan sikap Imam Syafie itu kepada ayahnya. Setelah di ajukan soalan itu kepada Imam Syafie, maka dia menegaskan yang menyebabkan dia boleh makan dengan banyak di rumah Imam Malik kerana dia pasti yang rezeki yang dia makan itu adalah rezeki yang halal. Maka sudah tentu dia akan makan dengan sepuas-puasnya. Dan, tidur nya malam itu, bukan lah tidur yang sebenarnya kerana dalam baring nya itu beliau telah dapat menyelesaikan tentang hadis Nabi. Dan antara hadis itu menunjukkan bahawa 'harus' bagi seseorang budak itu mengambil binatang untuk dijadikan binatang peliharaan dan meletakkan nama ke atas nama binatang itu.
Jika diperhatikan, musuh islam sentiasa berfikir untuk memusnahkan islam. Mereka tidak akan pernah berhenti berfikir untuk merosakkan islam, apatah lagi untuk merosakkan akidah anak2 islam. 4F yang di lancarkan oleh pihak musuh itu telah pun berjaya.
4F yang dinyatakan itu ialah fun, fashion, food and female.
Hari ini kita sendiri boleh menilai tahap kejayaan agenda mereka ini. Ramai anak - anak muda Islam yang telah terjerumus dalam kancah agenda mereka ini.
Agenda yahudi ini hanyalah satu. Untuk memusnahkan dan merosakkan umat Islam dari peringkat remaja dengan cara mempromosikan agenda2 yahudi dan zionis dari segenap ruang yang mereka perolehi.
Oleh itu, bagi kita yang bergerak di dalam jemaah ini, semoga lebih memahami masalah ini dan lebih peka tentang perkara2 seperti ini. Jangan tenggelam dengan budaya seperti ini. Jika dilihat, 4f ini cukup memberikan kesan kepada remaja2 Islam sekarang.
Kita juga perlu berkata - kata untuk tujuan yang baik. Antaranya adalah "Amar Maaruf Nahi Mungkar"
Bercakap biar ada pahala dan dapat memberikan manfaat. Ada orang bercakap dengan satu perkataan, tetapi dengan perkataan itu boleh menyebabkan dia dapat masuk syurga. Dan ada juga satu perkataan juga boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka. Oleh itu, biarlah percakapan kita itu dapat memberikan manfaat kepada diri kita.
Dalam jemaah, kita telah di biasakan dengan membaca AlMathurat. Yang dapat mengamalkan bacaan ini setiap hari, Alhamdulillah. Yang paling penting bagi ahli Nisa' ialah perlu lah selesaikan bacaan AlQuran, kena perkemaskan dan perlu di perbaiki. Menjadi suatu yang lazat kepada kita jika dapat membaca Al Quran dengan bacaan yang fasih dan memahami maksud yang terkandung di dalamnya.
Bangsa Jepun merupakan bangsa yang menyembah matahari. Jika mereka menghadapi masalah, mereka akan pergi ke gunung berapi. Bertaubat di gunung berapi, dan terjun dalam gunung berapi. Tetapi, kita sebagai muslim, itu bukan lah jalan terbaik bagi segala masalah. Ini kerana di kehidupan semula kita nanti, apabila di bangkitkan semula, maka kita akan melalui satu kehidupan yang kekal buat selamanya. Segala yang kita perbuat di dunia ini akan dihisab, di hitung satu persatu.
Oleh itu, kita sebagai muslim, memang juga akan menghadapi masalah. Masalah diri sendiri, keluarga, kawan, dan sebagainya. Tetapi masalah - masalah itu kita akan dapat di kurangkan dengan zikrullah dan bacaan Al Quran. Bukan nya terdapat di dalam pil2 ubat, tetapi juga dalam zikir2, doa dan mathurat.
Program2 yang bersifat kerohanian, sudah ada. Cuma, tinggal lagi samada kita ingin mempraktiknya ataupun tidak. Contohnya ialah solat sunat, berwirid, membaca Al Quran, dan sebelum tidur mengamalkan membaca surah Al Mulk, Al Waqiah. Tinggal lagi kita ikut ataupun tidak. Jika ada kepincangan juga, bukannya jemaah, tetapi diri kita yang tidak mahu mengisi diri kita dengan amalan - amalan seperti ini.
15. Cinta kepada Allah yang paling tinggi
- taat kepada Allah, dan juga perintah Allah. Apa yang Allah Taala perintah, dan Yang Allah Taala larang, itu yang kita utamakan. Bukannya kita takkan kasih kan kepada yang lain, tetapi kita perlu meletakkan cinta yang paling tinggi adalah kepada Allah dan Rasul.
- Saidina Omar pernah berkata, Ya Rasulullah aku kasihkan kepadamu dan Allah mengatasi yang lain, melainkan diri aku sendiri. Tetapi Nabi membetulkan perkataan Saidina Omar itu dengan menyatakan bahawa perlu mengasihi Allah dan Rasul melebihi segalanya di dunia ini bahkan menyanyangi Allah dan Rasul lebih lagi dari diri sendiri.
- Perlu belajar untuk meletakkan Allah dan Rasul yang paling tinggi. Meletakkan hukum hakam adalah yang paling tinggi. Cinta Allah dan Rasul.
- pepatah Arab menyatakan 'orang yang mengatakan cinta kepada sesuatu, maka cinta itu memerlukan bukti'.
- Bukti cinta Allah dan Rasul itu : cinta itu mendorong saya untuk menambah amalan kebaikan, berkorban dan berjuang kepada Allah.
- Apabila kita berbuat baik itu, adalah manefestasi kita cinta kepada Allah. Cth : Nisa harini datang ke majlis ilmu untuk menimba ilmu.
- Macamana nak lahirkan :
i. dengan ilmu,
ii. melalui amalan - benih dah ada, tetapi perlu suburkan
- Ayat : perlu meletakkan cinta Allah dan Rasul dan berjihad
Kemanisan iman, hukum agama di letakkan sebagai utama
- Nisa' berkasih sayang antara satu sama lain - hanya kerana ALlah - nilai yang cukup tinggi jika di dasarkan atas iman. Bukan atas nafsu. Berbeza jika di letakkan atas dasar iman dan nafsu. Apabila di letakkan atas nafsu ia akan menjadi keji
- Antara 7 golongan yang mendapat lindungan arasy Allah adalah mereka yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah Taala.
16. Tawakkal - kepergantungan mutlak kepada Allah
- berusaha dan berikhtiar dahulu, dan selepas itu barulah meletakkan kepergantungan kepada Allah.
- tawakkal berkait dengan beriman kepada qada' dan qadar. Dalam diari hidup muslim, tiada putus asa, putus harap dan perlulah menerima qada' dan qadar yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T
17. Wajib bersyukur kepada nikmat Allah Taala.
- Jaminan Allah Taala - Allah Taala telah pastikan, jika bersyukur, maka Allah akan menambahkan lagi nikmat.
- Nikmat Allah Taala tidak terbilang
- Gunakan nikmat Allah untuk taat sepenuhnya kepada Allah Taala
18. Istighfar
- Maknanya, kita mengaku kita iktiraf kita ini banyak kekurangan, ada Tuhan yang sedia mengampunkan kita, Kita bersedia untuk berubah kepada lebih baik
19. Muraqabah - cctv yang terus dari Allah
- Allah sentiasa melihat.
semua ini, 19 perkara yang di sebutkan. Bukan ini sahaja yang berkait dengan akidah, tetapi masih banyak yang berkait dengan akidah. Masih banyak perbahasan.
Persoalan :
1. Apakah yang di maksudkan "Kita jaga perintah ALlah, maka Allah jaga kita"
- apa yang penting adalah kita membuat apa yang Allah Taala suruh, dan tidak membuat apa yang Allah Taala larang. Apabila perintah Allah kita turuti, maka hidup kita akan lebih selamat di dunia dan akhirat.
2. Tentang masalah boikot produk yahudi
- bila kita boikot, akan ada alternatif. Apa alternatif nya?. Produk Islam. cth : HPA
- adakah salah dalam bermuamalat dengan yahudi? - muamalat dengan sesiapa tak salah. Tetapi kerana % yang di salurkan kepada badan2 yang berusaha untuk memusnahkan orang Islam itu yang membuatkan kita perlu hindari dari bermuamalat dengan mereka.
3. Adab2 dalam menuntut ilmu
- banyak perbahasan. Antaranya tentang Imam Shafie yang bertanyakan kepada gurunya.
( Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memberikan petunjuk kepada orang yang melakukan dosa )
- Ilmu itu cahaya,
- Berusaha untuk tidak melakukan maksiat kepada Allah. Jika ada, cepat2 bertaubat.