Sunday, August 29, 2010

Program Sehari Bersama Nisa

Alhamdulillah, Program Sehari Bersama Nisa yang telah berlangsung pada 27hb Ogos bersamaan 17 Ramadhan yang lepas telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan yang telah menjayakan program yang bermanfaat ini.

Tadaarus Al Quran

Pertandingan mewarna bagi kanak - kanak ( perempuan )

Adik - adik yang sedang khusyuk mewarna


Lukisan yang sudah siap di warnakan
( Kategori 7-9 Tahun )

( Kategori 10-12 Tahun )

( Kategori 4-6 Tahun )


Pembahagian hadiah kepada pemenang. Hadiah saguhati juga di sediakan untuk semua.
»»  baca selanjutnya

Sunday, August 22, 2010

MARI MENGAJI...


Insya Allah, kami akan mengadakan "Program Sehari Bersama Nisa" melibatkan kaum ibu, remaja perempuan dan kanak-kanak.

Dengan sukacitanya kami menjemput semua ahli dan AJK Nisa' hadir bagi sama-sama menghidupkan bulan Ramadan yang mulia dengan bacaan al-Quran.

Terpaksa bawa anak? Bimbang anak mengganggu? Tidak mengapa. Semasa ibu-ibu mengaji, insya Allah mereka akan menyertai dan menyaksikan aktiviti mewarna gambar bertemakan akhlak mulia.


P/S :

1. Penyertaan pertandingan bagi semua kategori kanak-kanak sudah ditutup, harap maaf.
2. Penyertaan pertandingan hafazan bagi kategori remaja perempuan masih dibuka.
3. Diharapkan para tetamu sekelian masuk dan menggunakan laluan masjid di bahagian wanita sahaja.


Maklumat lanjut sebagaimana tertera di bawah.


MUDAH-MUDAHAN SEGALA USAHA MENDAPAT KEREDAAN ALLAH
DAN GANJARAN DARIPADA-NYA

»»  baca selanjutnya

Thursday, August 5, 2010

Program Ilmiah ~ Valentine oh Valentine



Satu program yang berbentuk ilmiah.
Penceramah jemputan : Ust. Rozi Bin Puteh
Tarikh : 12 Feb 2010 (27 Safar 1431H)
Masa : 3 petangTempat : Pantai Teluk Kalong.
Anjuran : Nisa' Dun Kijal
Objektif Program : memberikan kesedaran khusus kepada remaja mengenai kesalahan besar dalam menyambut Valentine's Day (14 Feb) ni.

tentatif program:
- pendaftaran
- ucapan pengerusi majlis
- ucapan pentazkirah
- minum petang
- bersurai

* Semua dijemput hadir. Semoga mendapat manfaat dari apa yang akan disampaikan. InsyaAllah.
»»  baca selanjutnya

Nisa' Bersamamu & Masih Ada Yang Sayang



program: Nisa' Bersamamu & Masih Ada Yang Sayang- anjurn Nisa' Kaw. Kemaman
bertempat di Dun Kijal

Tempat:

1) Bukit Kuang- Nisa Bersamamu (Keluarga En. Musa-penggali kubur)
2) Kg. Darat Kijal- Masih Ada Yang Sayang (Keluarga Makcik Dayang-warga emas)
kehadiran: 13 orang
aktiviti: ziarah, sumbagan hamper & wang, gotong royong membersih kawasan rumah serta makan bersama tuan rumah
pics: selain 2 gmbr di atas
apa lg ye.rsa mcm xde dh..:)
cuma pentzkirah utk progrm Valentine tu dignti dgn Ustzh Noraini. Ustz Rozi xdpt hadir kerana keuzuran- xsht.


»»  baca selanjutnya
Related Posts with Thumbnails