Wednesday, January 27, 2010
PERBINCANGAN USRAH - Bahagian 5
Sambungan Bahagian Penutup
PANDUAN UTAMA PENYULUH KEBANGKITAN
Dalam merancang dan melakukan gerak kerja, kita harus berpindah kepada perkara-perkara penting sebagaimana berikut:
1. Dari soal furu’ kepada soal usul dan universal
2. Dari kerja nafilah (sunnah) kepada kerja fardu
3. Dari hal-hal yang diperselisihkan kepada hal-hal yang disepakati
4. Dari kerja anggota tubuh kepada kerja hati
5. Dari kedua-dua sudut kelebihan dan kekurangan kepada hal-hal yang sedang dan normal
6. Dari sikap menyusahkan kepada sikap mempermudah dan menggembirakan hati
7. Dari sikap jumud dan taklid kepada sikap ijtihad dan renovasi
8. Dari fasa bicara dan debat ke fasa kerja dan memberi
9. Dari masa sentimen tanpa persiapan ke masa ilmiah berencana
10. Dari sikap fanatik terhadap orang-orang yang berbeza pendapat kepada sikap toleransi bersama mereka
11. Dari menggalakkan bekerja kepada memberi ilmu dan kefahaman.
12. Dari memperhatikan kuantiti kepada soal kualiti, terutama dalam bidang pendidikan dan pengkaderan.
13. Dari melayang ke langit impian turun ke bumi kenyataan
14. Dari sikap meninggikan diri atas masyarakat kepada sikap hidup bermasyarakat (atau dari sikap memusuhi masyarakat kepada berusaha menjadi tabib masyarakat).
15. Dari sikap yang hanya merenungi kejayaan masa lampau, kembali pada kenyataan masa kini dan mempersiapkan zaman yang akan datang.
16. Dari menghanyutkan diri dalam lapangan politik kepada memusatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
17. Dari mengobarkan perselisihan yang menimbulkan pertentangan dan pertengkaran kepada perbezaan yang beragam dan bergotong-royong.
18. Dari mengabaikan masalah kehidupan kepada meningkatkannya dengan motivasi lillahi Ta’ala, sebagai amal ubudiyah.
19. Dari pandangan dan sikap yang regional yang sempit kepada wawasan universal yang luas.
20. Dari sikap ujub terhadap diri sendiri kepada sikap memeriksa diri.
Sekian.
Insya Allah, dalam artikel akan datang, kita akan sama-sama meneliti isi-isi terpilih daripada buku Afaat 'ala al-Tariq karya Dr. Al-Sayyid Muhammad Nuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment