Gadisku... sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun... tak semua bunga senang untuk didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya, umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan gah warnanya yang memancar indah dan mengundang kekaguman sang kumbang... tetapi awas duri yang melingkari bunga itu bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku... aku suka sekiranya engkau menjadi mawar inspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah Subhanahu Wataa'la. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk...
Ingatlah bahawa ciri2 wanita solehah adalah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya..
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga daripada sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir mutiara yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan di dalam suatu bekas yang tertutup. Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan kaum adam..
Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi dengan title 'gadis' yang kau miliki. Sudah pasti darah mudamu akan mencabar rasa keimanan yang ada... Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan mempermudah baginya jalan2 ke arah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti mempunyai azam, usaha dan istiqomah...
Gadisku... akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya nabi ada berkata tentang bahaya dirimu..
"Tidak ada satu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku selain fitnah yang berpunca dari wanita"
Oleh itu gadisku... setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan kepada al-quran dan sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu..
Buat akhirnya... sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu itu tak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Terimalah kata2 seorang sufiah iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama...
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seorang insan kerana ia tak kekal. Cinta akan seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan tersiksa. Oleh itu tak ada cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri"
sumber :
http://www.facebook.com/inbox/?ref=mb#/note.php?note_id=263735476011&id=1049790643&ref=mf