Wednesday, January 27, 2010

PERBINCANGAN USRAH - Bahagian 2


Sambungan Bahagian A : Umat Islam Yang Lupa Diri


1. UMAT KITA DILIHAT DARI KEMAJUAN MATERIAL


Umat Islam selalu saja menjadi beban bagi umat-umat yang lain dalam memenuhi keperluan hidupnya, baik di bidang ekonomi, ketenteraan atau bidang-bidang lainnya. Ia belum pandai memproduksi keperluannya sendiri atau untuk memproduksi keperluan senjatanya untuk melindungi kedaulatan dirinya sendiri.


2. KEKUATAN AKAL KITA DI SIA-SIAKAN


Kekuatan akal kita sia-siakan, kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru.


Kita tidak mahu berijtihad, tidak suka mencipta sendiri, tidak kreatif, senang menghafal daripada berfikir dan lebih senang mengutip fikiran orang lain. Sama ada fikiran mereka yang dahulu daripada kita di kalangan umat Islam, ataupun masyarakat lain, kerana kita menganggap tidak perlu bersusah payah berfikir sendiri. Sedangkan Allah menyuruh kita hamba-hambaNya sentiasa berfikir!




Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya. Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui.


Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah kepadaku, bangsa Arab (dan juga Melayu –penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.


Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).


Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya!



P/S : "Bacalah dengan nama Tuhanmu" adalah baca yang akan mencetuskan amal.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails